-->

Saturday, January 7, 2012

Dan Bila Esok

Salam...

Err... betul ke esok 9 Januari? Arghh.... Maknanya esok aku kena balik maktab laa. Hari yang aku tak nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Tak boleh ke masa ni bergerak dengan perlahan? Erghhh =.="  Mungkin esok aku akan rasa kekok sikit. Haha. Iye laa, dah lama tak sekolah, hampir dua bulan kodd. Dari 4 November 2011 sampai laa esok, 8 November 2012. Lebih dua bulan! Lama gila kan cuti. Itu pun masih rasa tak cukup. Ahh, manusia, tak pernah rasa puas kan?

Takpe laa, KIKS dua minggu je kan? Okay, kalau sesiapa yang tau, KIKS tu program untuk budak form 4 MRSM. Tak silap aku laa, nama panjangnya Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Subjektif. Haha. Entah laa. Aku tak ingat sebenarnya. Aku tak pasti sangat laa apa pengisian program tu. Tapi aku rasa macam bosan je. Haha. Sumber: Orang yang dah pernah mengikui program KIKS ni.

Okayy, aku rasa kena bersiap sedia dari mental dan fizikal menghadapi peraturan maktab yang semakin laa *tut* sekarang ni. Macam-macam peraturan baru sekarang ni. Pfffffttttt.

Sabar, Sabrina. Tu tandanya cikgu sayang anak murid ^^ Diorang nak anak murid dia lebih berdisiplin
*monolog*

Boleh laa agaknya aku sabar ea? Hmm, agak-II tak sabar pindah je laa kan. Duduk sekolah harian pun aku rasa okay jugak ape. Aku tengok kawan-II aku, okayy je. Lagi best kodd diorang. Banyak aktiviti. Pergi sana pergi sini. Masuk tu laa, masuk ni. Okayy, aku jealous :') Pernah jugak aku terfikir, teringin laa nak pindah sekolah harian. Haha. Ape laa kan. Dah dapat MRSM pun tak reti bersyukur. Nak pindah jugak. Padahal budak-II dekat luar tu, berebut-rebut nak masuk MRSM.

Alamak, macam mana nak pakai tudung bawal ea? Dah dua bulan tak pakai. Hamboii, mentang-mentang laa pakai shawl je, tudung bawal pun kau boleh lupa macam mana nak pakai ea, Sabrina. Haha. Harap-harap laa aku tak lupa nak pakai macam mana kan. Haha.

Talking about my roommate for KIKS. Hmmm, speechless. Haha. Alahai, nasib badan betul. Dah roommate yang memang aku paling tak nak. Karma kodd. Asyik kenakan orang je. Last-II aku yang terkena. Sabar je laa. Dua minggu je kan? Hopefully, ni roommate untuk KIKS je. Okayy, aku dapat roommate yang semua aku tak berapa nak rapat sangat. Takpe laa kan, cuba rapatkan diri. Tapi, percubaan untuk merapatkan diri dengan yang sorang tu, aku tak janji laa. Haha. Okayy, aku mengaku. Aku memang diskriminasi. Nak buat macam mana.

Barang-barang aku aku belum habis pack lagi. Ada laa sikit-sikit. Aku tak bawak banyak barang sangat meyh. Sikit saje sudah laa. Mana laa tau nanti kalau ada rezeki dapat PKP kan. *Haha, beria je aku ni. Talk about PKP, sebenarnya, mula-II aku memang harap gila tak dapat PKP. Haha. Tapi, ada seseorang yang sedarkan aku, kenapa at least aku patut berharap yang aku ni dapat masuk PKP. Okay, semua tu bergantung pada rezeki. Kalau dapat, dapat laa kan. Hehe.

Rasa macam dah panjang sangat laa ni kan? Taip panjang-panjang pun orang boring nak baca. Haha. Okayy laa tu aje. Thanks for reading this crap. Haha.

#HastaLaVista


Thanks for reading ;)

Thursday, January 5, 2012

Craving a lot for this....

Salam... 

Macbook Air :D Erghhh, craving a lot for this. Benda alah ni memang dah lama gila jadi idaman aku. Wuwuwuwuwuwu, bestnya laaa hai kalau aku ada Macbook ni :) Belikan untuk aku satu boleh? Hehe. Memang laa tak boleh nak nafikan sangat, dalam usia aku macam ni *masih lagi bersekolah ni, tak perlu sangat gajet mahal macam ni. Iye laa bukan guna sangat kan?  Lagi-II laa untuk aku yang duduk asrama ni. Lain laa kalau boleh bawak. Tapi, nak jugak! Huhu. Serious, jealous gila bila tengok orang pakai Macbook 



Tengok laa, nipis gilaaa!


Percaya tak kalau aku cakap dalam ni ada Macbook? Serious, tak tipu. Sampul yang ada dekat gambar tu memang salah satu tempat khas untuk simpan Macbook. Nipis kan? Kalau orang yang tak tau mesti ingat yang tu cuma dokumen biasa je. 

Sedikit info yang aku pernah baca pasal Macbook ni. Untuk start/shurtdown Macbook ni, cuma masa dalam tiga saat sahaja yang diperlukan. Wow, sekejap gilaa!


Ni laa dia mouse yang digunakan bersama dengan Macbook. Namanya Apple Magic Mouse

Itulah serba sedikit yang aku tau pasal Macbook Air. Nak bagitau banyak-banyak. Tak boleh, sebab aku tak pernah pakai. Cuma pernah tengok orang pakai je :( Cuma apa yang aku tau, kalau pakai Macbook ni, memang hampir semua masalah yang ada dekat Windows macam selalu hang dan sebagainya, korang takkan rasa bila pakai Macbook. Iya laaa, Macbook pakai OS Macintosh. APPLE :D Produk-produk Apple memang semua superb kan? Kalau aku kumpul duit dari sekarang, boleh beli tak nanti? Hehe.

Ouh ye, selain Macbook Air ni ada jugak lagi satu Macbook, nama dia Macbook Pro. Lebih kurang sama je dengan Macbook Air, cuma ada beberapa ciri-ciri yang berbeza sikit.


Thanks for reading ;)

Tuesday, January 3, 2012

Hello Hello 2012 !

Salam...



Rasa macam belum terlambat lagi kan kalau aku nak ucap "HAPPY NEW YEAR!". *apa laaa, dah 3 Januari dah, kau baru nak ucap HAPPY NEW YEAR? Ketinggalan betul! Sorry laa, lambat sangat wish. Dah lama tak bukak blog. Tengok laa blog aku ni pun, berhabuk je, sawang pun banyak. Haha *hiperbola je  Lama sangat tak update. Teruk kan blogger macam aku ni? 

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi-NYA ini bagi menikmati satu lagi tahun yang baharu. Hehe. Yang dah lepas tu, biar laa lepas, jadikan pedoman dan iktibar kan kan? Tentunya, tahun 2011 tuu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan ni. Mengajar aku menjadi lebih matang :D 

Okayy, bercakap mengenai tahun baru ni, topik yang paling hangat dikaitkan pasti laa mengenai azam tahun baru kan? Hmmm, biasa laa, tahun baru, azam pun baru kan? Walaupun sebenarnya kalau nak ikutkan sepatutnya tak payah tunggu tahun baru, baru ak ada azam bagii ni. Tapi, biasa laa kan. Untuk tahun baru ni, aku pun ada azam aku sendiri. Hehe. Dan azam aku yang tak tercapai tahun lepas tu, aku bawak jugak ke tahun ni :D Apa pun , doakan aku agar azam aku tahun ni tercapai ye :D

Last from me :

HAPPY NEW YEAR 2012. May that this year is better than any previous year :D


Thanks for reading ;)