-->
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Buat homework lalalalalala

Semalam, sesi menyiapkan homework yang nak kata bertimbun takde laa bertimbun sangat dengan bestfrengg aku :D Haha. Fatin dan Farah. Sebenarnya, nak suruuh diorang ajar MATH, memandangkan aku tak berapa nak faham tajuk Sets tu. Pening gilaa kodd kepala aku. Okay, yang paling penting, nak pecah kepala aku buat Chemist tu. Act, senang je cheist tu, tapi, aku ni je malas nak hafal formula. Ahaa. Nasib baik laa kawan aku tu dah buat latihan tu, senang je laa. Copy and paste ^^ Lalala. Selesai je siapkan homework *padahal, tak sepenuhnya siap pun, sesi fotografi pun bermula. Haha. Just enjoy the pics ^^

 chemist ohh chemist !

 mereka, fatin n farah ^^

okayy, ni takde keje ^^

 dia^^



p/s : Awakk saya rindu awak :')

Thanks for reading ;)

Saturday, March 10, 2012

Adik?

Salam...

Okayy, lamanya rasa aku tak buat entri baru. Entri kali ni, aku nak cerita pasal adik aku. Eh, bukan adik kandung, tapi adik angkat laa :)

Comel kan kan? Sapa nama dia? Okay nama Nur Syafarina. Ina for short. Dia baik, comel :) Dia ni sekarang form 2. Say what? Aku pun adik kandung form 2. So, apsal aku amek dia jadi adik angkat aku? Eh, suka hati aku laa.

Dia ni takde adik-beradik perempuan. Semuanya siblings dia lelaki. That's why laa dia amek aku jadi kakak angkat dia, kodd? Haha Tak tau laa aku ni boleh jadi kakak yang baik untuk dia ke tak. Aku ni dah laa takde ciri-ciri kakak mithali. Haha. But, I'll try my best. But, don't worry ya, my adik kandung! Kakakmu ini tidak akan melupakan kamu semua :) Haha


Thanks for reading ;)

Friday, February 24, 2012

I'm Home !

Salam...

I'm home! Haha. Suka gila dapat berada di rumah ^^ Hmmm. Okay, sebenarnya banyak nak cerita dekat post kali ni. Hmmm. Srjak aku berada di upper form *ceh, dah besar dah! Aku baru nampak yang upper form dengan lower form ni memang berbeza gila. Lagi-II laa kalau dari segi belajar. Aku rasa kalau time lower form boleh lagi laa kan kalau aku nak mainII belajar. Tapi, naik upper ni, aku rasa aku dah mula kena fokus. Iye laa, pelajaran pun makin banyak dan makin susah. Jadi, aku kena fokus n buat betul-betul. Aku nak ulang balik sejarah yang aku dah cipta masa aku lower form. Lagi bagus kalau lagi better dari lower form lhaa kan? Wish me luck, guys :)

So far, kawan baru dengan batch baru? Honestly, aku belum lagi rapat sangat dengan diorang. Cuma tegur gitu-II je lhaa. Dan, aku senang je nak get along dengan budakII MRSM Pontian yang pindah sana sebab semua macam gila-II Haha. Tak tau laa kenapa. Maybe, sebab budak MRSM memang semua jenis yang satu kepala kodd. Tapi, dengan budak kementerian aku belum boleh lagi. Takpe, banyak lagi masa kan? Baru bulan pertama :)

Alhamdulillah, roommate aku untuk tahun ni best laa jugak. Azri, Amal dengan sorang lagi budak baru, Haziqah. Semua jens yang gila-II. Tapi, Haziqah tu pendiam sikit. Tapi, dia okay je dengan kitorang. Nampak macam budak pandai :') Dah makin ramai saingan aku ni. Ni yang rasa aku tak boleh main-main. Aku amek subjek Prinsip Perakaunan. Susah ke? Hmm. Ntah laa. Baru nak start belajar. Hope, aku boleh catch up subjek tu. Tak ramai batch aku yang amek PA ada laa dalam 20 lebih jea. Sikit kan? Majoriti amek Biologi. Kenapa? Aku rasa mungkin kalau amek Bio mungkin peluang pekerjaan tu luas kodd. Haha. Entah laa. Tapi, aku memang tak berminat langsung nak amek Bio. Sebab tu laa aku amek PA :) Sebab Bio tu ada kena lukis. Haish, aku ni dah laa fail kalau bab lukis-lukis ny. Bukan sebab tu je. Ade laa jugak sebab lain ;)

Even dah ada kawanII baru. Aku still rindu dekat kawanII yang pindah tu. Wuwuwuwuwuwuwuwu. Nak diorang ada dekat maktab. Tapi, apakah daya :') Hope korang okay-okay laa dekat sana. Rindu korang setengah mati :')

Eh, okay laa. Jari aku ni dah penat menaip. Dah lama tak menaip. Rasa penat pulak menaip. Tu jea. 

#HastaLaVista ^^


Thanks for reading ;)

Sunday, February 5, 2012

KIKS 2012

Salam...



Okay. Bulan Januari 2012. Bulan di mana aku mengalami perasaan yang bercampur-baur. Sedih ada, suka ada, marah ada, macam-macam lagi laaa. Semua, gara-gara KIKS. Haha. Eh, kejap. KIKS tu ape? Okay, untuk yang tak tau, KIKS stands for Kemahiran Insaniah & Kemahiran Subjek. Program ni cuma ada untuk budak-II Form 4 MRSM sahaja. Note that :)

Bagi aku, program ni takde laa best sangat pun. Lagi best MIGTY :) Tapi, aku kena jugak macam manfaatkan jugak laa program ni sebab ni mungkin merupakan kali terakhir aku bersama dengan kawan-II yang akan pindah MRSM PKP :/ Sob sob sob. Sedih tauu. Kena kutip sebanyak mungkin kenangan bersama diorang. *ayat touching! 

Masa hari pengumuman siapa yang dapat PKP, semua rasa cuak gila. Iye laa. Ada yang mintak-II yang dia tak dapat. Ada yang nak gila pergi PKP. Kalau untuk aku laa 50-50. Hmm, tak kisah aku dapat ke tak. Tak terlalu mengharap untuk dapat. Lagipun, aku dah janji dengan seseorang yang aku takkan pindah. Dan, dalam hati aku pun dah tekad, nanti aku nak tolong dia, nak bantu dia. Nak jadi sumber kekuatan untuk dia. And, Alhamdulillah, aku tak dapat. Dan, dia pun tak dapat. Apa yang menyedihkan masa tu, The Marvellous *nama batch aku* akan kekurangan lebih kurang 30 ahli. 28 dapat PKP. Dua orang dapat pindah MRSM. Tapi, kesian jugak laa aku tengok. Makin sikit laa batch nanti. Hmm, kalau makin sikit budak lama. Mesti ramai budak baru yang akan masuk :P Ada yang nak gila dapat PKP, tapi, dia tak dapat. Mungkin, dah takde rezeki kan. Nak buat acano.

Dalam BERSEPULUH, ada 4 orang kawan aku yang akan pindah. Ayuni, Afrina, Mariam and Zahirah. Wuwuwuwuwu. Sedihnya :'( Nanti dah tinggal 6 orang je. Tak dapat bayangkan macam mana agaknya nanti tinggal 6 orang je. Kalau dulu, nak buat apa-II 10 orang. Makan dekat DS, Main basket, Balik prep, kumpul ramai-II dalam satu bilik. Ahhh, Memories. Sekarang, 6 orang je. 6 orang yang akan meneruskan hidup, tanpa korang 4 orang. Takpe laa. Korang nak sangat kan pergi PKP. Pergi laa. Tak halang pun :')

Bye-II korang :'(

Er, sebenarnya, ada sikit rasa terkilan. Sebab tak jumpa someone masa hari last tu. Er, dia bukan dapat PKP pun sebenarnya. Tapi, kena buang pergi MRSM lain disebabkan salah yang bukan salah dia. Nak jumpa bukan ape, nak mintak maaf apa semua :/ Iye laa, mungkin aku ni dah banyak buat salah dekat dia :( Aku harap kau maafkan laa semua kesalahan aku pada kau. Aku pun dah lama maafkan salah kau. Hope kau okay-II je dekat MRSM baru nanti. Jaga girlfriend kau tu baik-II tau. Jangan sakitkan hati dia.

Hari last, Khamis, 2 Februari 2012. Mesti ramai terkilan kan? Iye laa, tak dapat nak amek gambar satu batch buat kali terakhir dengan budak-II yang nak masuk PKP. Iye laa, aku pun rasa terkilan. Tambah lagi terkilan, tak dapat nak amek gambar BERSEPULUH sama-II dengan budak-II yang nak masuk PKP. Masa tu, ada satu perisiwa terjadi. Huhu. Benda dah lepas. Apa guna dikesalkan. Takpe laa, takde rezeki mungkin. InsyaAllah. Kita jumpa lain masa nanti. Hehe.

Gambar terakhir bersama-sama dengan original The Marvellous :')

kalau tak silap aku, ni gambar terakhir kita sama-sama kan?


Last word untuk budak-budak PKP (Anis, Syikin, Hikmah, Syarah, Zahidah, Chipmunk, Mizan, Nazirul, Afrina, Alin, Buntal, Fido, Yam, Aiman, Yap, Syai, Suraya, Najib, Farah and Dayah) plus budak-II yang pindah jugak (Agent & As) *Takut nanti merajuk pulak aku tak mention nama diorang. Haha :

Good luck dekat sana tau! Jaga diri baik-baik. Korang jangan buat hal pulak dekat sana. Buruk nama Mersing nanti weii. Korang jangan lupa Mersing ni pulak. Kalau ada masa, singgah-singgah laa kitorang kat Mersing ni. Haha. Naikkan nama Mersing bila dekat sana. For MRSM Mersing's sake. Haha. 
#HastaLaVista :)


Thanks for reading ;)

Saturday, January 7, 2012

Dan Bila Esok

Salam...

Err... betul ke esok 9 Januari? Arghh.... Maknanya esok aku kena balik maktab laa. Hari yang aku tak nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Tak boleh ke masa ni bergerak dengan perlahan? Erghhh =.="  Mungkin esok aku akan rasa kekok sikit. Haha. Iye laa, dah lama tak sekolah, hampir dua bulan kodd. Dari 4 November 2011 sampai laa esok, 8 November 2012. Lebih dua bulan! Lama gila kan cuti. Itu pun masih rasa tak cukup. Ahh, manusia, tak pernah rasa puas kan?

Takpe laa, KIKS dua minggu je kan? Okay, kalau sesiapa yang tau, KIKS tu program untuk budak form 4 MRSM. Tak silap aku laa, nama panjangnya Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Subjektif. Haha. Entah laa. Aku tak ingat sebenarnya. Aku tak pasti sangat laa apa pengisian program tu. Tapi aku rasa macam bosan je. Haha. Sumber: Orang yang dah pernah mengikui program KIKS ni.

Okayy, aku rasa kena bersiap sedia dari mental dan fizikal menghadapi peraturan maktab yang semakin laa *tut* sekarang ni. Macam-macam peraturan baru sekarang ni. Pfffffttttt.

Sabar, Sabrina. Tu tandanya cikgu sayang anak murid ^^ Diorang nak anak murid dia lebih berdisiplin
*monolog*

Boleh laa agaknya aku sabar ea? Hmm, agak-II tak sabar pindah je laa kan. Duduk sekolah harian pun aku rasa okay jugak ape. Aku tengok kawan-II aku, okayy je. Lagi best kodd diorang. Banyak aktiviti. Pergi sana pergi sini. Masuk tu laa, masuk ni. Okayy, aku jealous :') Pernah jugak aku terfikir, teringin laa nak pindah sekolah harian. Haha. Ape laa kan. Dah dapat MRSM pun tak reti bersyukur. Nak pindah jugak. Padahal budak-II dekat luar tu, berebut-rebut nak masuk MRSM.

Alamak, macam mana nak pakai tudung bawal ea? Dah dua bulan tak pakai. Hamboii, mentang-mentang laa pakai shawl je, tudung bawal pun kau boleh lupa macam mana nak pakai ea, Sabrina. Haha. Harap-harap laa aku tak lupa nak pakai macam mana kan. Haha.

Talking about my roommate for KIKS. Hmmm, speechless. Haha. Alahai, nasib badan betul. Dah roommate yang memang aku paling tak nak. Karma kodd. Asyik kenakan orang je. Last-II aku yang terkena. Sabar je laa. Dua minggu je kan? Hopefully, ni roommate untuk KIKS je. Okayy, aku dapat roommate yang semua aku tak berapa nak rapat sangat. Takpe laa kan, cuba rapatkan diri. Tapi, percubaan untuk merapatkan diri dengan yang sorang tu, aku tak janji laa. Haha. Okayy, aku mengaku. Aku memang diskriminasi. Nak buat macam mana.

Barang-barang aku aku belum habis pack lagi. Ada laa sikit-sikit. Aku tak bawak banyak barang sangat meyh. Sikit saje sudah laa. Mana laa tau nanti kalau ada rezeki dapat PKP kan. *Haha, beria je aku ni. Talk about PKP, sebenarnya, mula-II aku memang harap gila tak dapat PKP. Haha. Tapi, ada seseorang yang sedarkan aku, kenapa at least aku patut berharap yang aku ni dapat masuk PKP. Okay, semua tu bergantung pada rezeki. Kalau dapat, dapat laa kan. Hehe.

Rasa macam dah panjang sangat laa ni kan? Taip panjang-panjang pun orang boring nak baca. Haha. Okayy laa tu aje. Thanks for reading this crap. Haha.

#HastaLaVista


Thanks for reading ;)

Thursday, January 5, 2012

Craving a lot for this....

Salam... 

Macbook Air :D Erghhh, craving a lot for this. Benda alah ni memang dah lama gila jadi idaman aku. Wuwuwuwuwuwu, bestnya laaa hai kalau aku ada Macbook ni :) Belikan untuk aku satu boleh? Hehe. Memang laa tak boleh nak nafikan sangat, dalam usia aku macam ni *masih lagi bersekolah ni, tak perlu sangat gajet mahal macam ni. Iye laa bukan guna sangat kan?  Lagi-II laa untuk aku yang duduk asrama ni. Lain laa kalau boleh bawak. Tapi, nak jugak! Huhu. Serious, jealous gila bila tengok orang pakai Macbook 



Tengok laa, nipis gilaaa!


Percaya tak kalau aku cakap dalam ni ada Macbook? Serious, tak tipu. Sampul yang ada dekat gambar tu memang salah satu tempat khas untuk simpan Macbook. Nipis kan? Kalau orang yang tak tau mesti ingat yang tu cuma dokumen biasa je. 

Sedikit info yang aku pernah baca pasal Macbook ni. Untuk start/shurtdown Macbook ni, cuma masa dalam tiga saat sahaja yang diperlukan. Wow, sekejap gilaa!


Ni laa dia mouse yang digunakan bersama dengan Macbook. Namanya Apple Magic Mouse. 

Itulah serba sedikit yang aku tau pasal Macbook Air. Nak bagitau banyak-banyak. Tak boleh, sebab aku tak pernah pakai. Cuma pernah tengok orang pakai je :( Cuma apa yang aku tau, kalau pakai Macbook ni, memang hampir semua masalah yang ada dekat Windows macam selalu hang dan sebagainya, korang takkan rasa bila pakai Macbook. Iya laaa, Macbook pakai OS Macintosh. APPLE :D Produk-produk Apple memang semua superb kan? Kalau aku kumpul duit dari sekarang, boleh beli tak nanti? Hehe.

Ouh ye, selain Macbook Air ni ada jugak lagi satu Macbook, nama dia Macbook Pro. Lebih kurang sama je dengan Macbook Air, cuma ada beberapa ciri-ciri yang berbeza sikit.


Thanks for reading ;)