-->

Thursday, January 5, 2012

Craving a lot for this....

Salam... 

Macbook Air :D Erghhh, craving a lot for this. Benda alah ni memang dah lama gila jadi idaman aku. Wuwuwuwuwuwu, bestnya laaa hai kalau aku ada Macbook ni :) Belikan untuk aku satu boleh? Hehe. Memang laa tak boleh nak nafikan sangat, dalam usia aku macam ni *masih lagi bersekolah ni, tak perlu sangat gajet mahal macam ni. Iye laa bukan guna sangat kan?  Lagi-II laa untuk aku yang duduk asrama ni. Lain laa kalau boleh bawak. Tapi, nak jugak! Huhu. Serious, jealous gila bila tengok orang pakai Macbook 



Tengok laa, nipis gilaaa!


Percaya tak kalau aku cakap dalam ni ada Macbook? Serious, tak tipu. Sampul yang ada dekat gambar tu memang salah satu tempat khas untuk simpan Macbook. Nipis kan? Kalau orang yang tak tau mesti ingat yang tu cuma dokumen biasa je. 

Sedikit info yang aku pernah baca pasal Macbook ni. Untuk start/shurtdown Macbook ni, cuma masa dalam tiga saat sahaja yang diperlukan. Wow, sekejap gilaa!


Ni laa dia mouse yang digunakan bersama dengan Macbook. Namanya Apple Magic Mouse. 

Itulah serba sedikit yang aku tau pasal Macbook Air. Nak bagitau banyak-banyak. Tak boleh, sebab aku tak pernah pakai. Cuma pernah tengok orang pakai je :( Cuma apa yang aku tau, kalau pakai Macbook ni, memang hampir semua masalah yang ada dekat Windows macam selalu hang dan sebagainya, korang takkan rasa bila pakai Macbook. Iya laaa, Macbook pakai OS Macintosh. APPLE :D Produk-produk Apple memang semua superb kan? Kalau aku kumpul duit dari sekarang, boleh beli tak nanti? Hehe.

Ouh ye, selain Macbook Air ni ada jugak lagi satu Macbook, nama dia Macbook Pro. Lebih kurang sama je dengan Macbook Air, cuma ada beberapa ciri-ciri yang berbeza sikit.


Thanks for reading ;)

Tuesday, January 3, 2012

Hello Hello 2012 !

Salam...



Rasa macam belum terlambat lagi kan kalau aku nak ucap "HAPPY NEW YEAR!". *apa laaa, dah 3 Januari dah, kau baru nak ucap HAPPY NEW YEAR? Ketinggalan betul! Sorry laa, lambat sangat wish. Dah lama tak bukak blog. Tengok laa blog aku ni pun, berhabuk je, sawang pun banyak. Haha *hiperbola je  Lama sangat tak update. Teruk kan blogger macam aku ni? 

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi-NYA ini bagi menikmati satu lagi tahun yang baharu. Hehe. Yang dah lepas tu, biar laa lepas, jadikan pedoman dan iktibar kan kan? Tentunya, tahun 2011 tuu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan ni. Mengajar aku menjadi lebih matang :D 

Okayy, bercakap mengenai tahun baru ni, topik yang paling hangat dikaitkan pasti laa mengenai azam tahun baru kan? Hmmm, biasa laa, tahun baru, azam pun baru kan? Walaupun sebenarnya kalau nak ikutkan sepatutnya tak payah tunggu tahun baru, baru ak ada azam bagii ni. Tapi, biasa laa kan. Untuk tahun baru ni, aku pun ada azam aku sendiri. Hehe. Dan azam aku yang tak tercapai tahun lepas tu, aku bawak jugak ke tahun ni :D Apa pun , doakan aku agar azam aku tahun ni tercapai ye :D

Last from me :

HAPPY NEW YEAR 2012. May that this year is better than any previous year :D


Thanks for reading ;)

Sunday, December 18, 2011

Secret Garden

Salam ...

Rasa macam lama gila aku tak update blog ni . Huhu . Ni semua gara-gara melayan satu cerita Korea punya pasal , Secret Garden . Berhari-hari aku tunggu nak habiskan download full 20 episod . Hehe . Nasib baik laa berbaloi jugak penantian aku tuu .


Setakat ni apa yang aku rasa the best Korean drama that I've seen . Sebenarnya , dah  lama dah cerita ni keluar . Tapi , aku barui sekarang aku tengok . Haha . Ketinggalan zaman betul laa kan .

Basically , fokus utama cerita ni adalah berkisar pada percintaan Kim Joo Won , CEO di sebuah pusat beli-belah dan Gil Ra Im , seorang stuntwoman . Kira diorang ni dari kelas yang berbeza laa kan . Tapi , kalau tengok lagi , sebenarnya ada lagi tiga kisah cinta . Masing-II ada konflik diorang tersendiri . Last-last , happy ending :)

Seriouly , pecah perut betul tengok drama ni . Haha . Lagi-lagi bila tengok pelbagai mimik muka Kim Joon Woong lakonan Hyun Bin dalam drama ni . 


Dalam cerita ni , ada scene di mana diorang tukar badan . Roh Kim Joo Won masuk dalam badan Gil Ra Im dan sebaliknya . Babak-babak masa ni , banyak gila yang kelakar . Satu yang aku tak boleh tahan tu masa  ni :


Jangan fikir bukan-bukan . Haha . Ni masa Ra Im (yang dalam badan Joo Won) ajar Joo Won (yang dalam badan Ra Im) pakai bra . 

Tapi , episod yang last-II tuu banyak scene yang sedih . Sampai air mata aku pun boleh menitis jugak . Huhu . 

Overall , sangat-II berbaloi aku download cerita ni . Jarang tauu aku nak download cerita Korea ni . Tak tau laa macam mana terbukak hati nak download . Nasib baik laa best . Hehe .

Okayy , sampai sini saje #HastaLaVista ~

Thanks for reading ;)