-->

Monday, June 4, 2012

Lama Gila Tak Post



Berhabuk gila blog aku ni. Dah lama tak post. Hampir 3 bulan? Woahhh. Rekod... Sebelum ni, kalau paling lama pun sebulan setengah. Ni, sampai 3 bulan. Tu laa. sibuk sangat. Biasa kalau balik maktab tu, kerja sekolah mesti bertimbun gila sampai takde masa nak post pape. Cuti ni sebenarnya kalau nak ikutkan satu je homework. BM jea. Seriously, aku terkejut gila homework kali ni BM jea. Tak pernah-pernah cuti homework satu je macam ni =.= Haha. Bersyukur laa kan. Ni pun, aku baru ada masa nak buat post baru. Ni semua gara-gara projek SEM tu laa. Haish... =.=" Tapi, sebenarnya, projek yang aku buat tu senang je. Buat blog. Haha. Simple kan? Aku buat blog then aku post laa apeape yang aku rasa interesting kat dalam blog tu. Nak tau addressnya ke? nahhh, http://herethenewbie.blogspot.com. Tapi, tengah privatekan. Buat masa ni laa. Takde apeape sangat pun dalam tu sebab still dalam process nak touch up sikit-sikit.

 screenshot untuk blog SEM aku

Esok, habis laa cuti aku. Huhu. Aku ni special case. Sebab dapat cuti sekejap jea. Ada program dekat TGB. Nama dia Islamia Youth Forum(IYF). Dapat jumpa pengasas iluvislam.com, Imran Koyube. Lepas tu, ada gak ramai personaliti Awani kodd. Aku tak berapa nak kenal sangat. Aku ni bukannya rajin sangat nak bukak Awani tu. Harap-harap lepas ikut program ni aku berubah laa. Iye laa sebelum ni asyik ponteng solat subuh jea. Eh, bukan, ponteng berjemaah dekat surau. Haha. Kantoi. Aku tengok tentatifnya, harihari ada Qiamullail. Huhu. Larat ke nanti aku nak bangun awalII? Dekat maktab tu pun, at least pukul bunyi azan baru aku bangun. LOL. Kantoi lagi..

 penganjur utama program ni

Barang tak pack lagi ni. Takpe laa, pack esok je laa. Macam tak biasa je kan.


Thanks for reading ;)

Thursday, March 15, 2012

Buat homework lalalalalala

Semalam, sesi menyiapkan homework yang nak kata bertimbun takde laa bertimbun sangat dengan bestfrengg aku :D Haha. Fatin dan Farah. Sebenarnya, nak suruuh diorang ajar MATH, memandangkan aku tak berapa nak faham tajuk Sets tu. Pening gilaa kodd kepala aku. Okay, yang paling penting, nak pecah kepala aku buat Chemist tu. Act, senang je cheist tu, tapi, aku ni je malas nak hafal formula. Ahaa. Nasib baik laa kawan aku tu dah buat latihan tu, senang je laa. Copy and paste ^^ Lalala. Selesai je siapkan homework *padahal, tak sepenuhnya siap pun, sesi fotografi pun bermula. Haha. Just enjoy the pics ^^

 chemist ohh chemist !

 mereka, fatin n farah ^^

okayy, ni takde keje ^^

 dia^^



p/s : Awakk saya rindu awak :')

Thanks for reading ;)

Saturday, March 10, 2012

Adik?

Salam...

Okayy, lamanya rasa aku tak buat entri baru. Entri kali ni, aku nak cerita pasal adik aku. Eh, bukan adik kandung, tapi adik angkat laa :)

Comel kan kan? Sapa nama dia? Okay nama Nur Syafarina. Ina for short. Dia baik, comel :) Dia ni sekarang form 2. Say what? Aku pun adik kandung form 2. So, apsal aku amek dia jadi adik angkat aku? Eh, suka hati aku laa.

Dia ni takde adik-beradik perempuan. Semuanya siblings dia lelaki. That's why laa dia amek aku jadi kakak angkat dia, kodd? Haha Tak tau laa aku ni boleh jadi kakak yang baik untuk dia ke tak. Aku ni dah laa takde ciri-ciri kakak mithali. Haha. But, I'll try my best. But, don't worry ya, my adik kandung! Kakakmu ini tidak akan melupakan kamu semua :) Haha


Thanks for reading ;)

Friday, February 24, 2012

I'm Home !

Salam...

I'm home! Haha. Suka gila dapat berada di rumah ^^ Hmmm. Okay, sebenarnya banyak nak cerita dekat post kali ni. Hmmm. Srjak aku berada di upper form *ceh, dah besar dah! Aku baru nampak yang upper form dengan lower form ni memang berbeza gila. Lagi-II laa kalau dari segi belajar. Aku rasa kalau time lower form boleh lagi laa kan kalau aku nak mainII belajar. Tapi, naik upper ni, aku rasa aku dah mula kena fokus. Iye laa, pelajaran pun makin banyak dan makin susah. Jadi, aku kena fokus n buat betul-betul. Aku nak ulang balik sejarah yang aku dah cipta masa aku lower form. Lagi bagus kalau lagi better dari lower form lhaa kan? Wish me luck, guys :)

So far, kawan baru dengan batch baru? Honestly, aku belum lagi rapat sangat dengan diorang. Cuma tegur gitu-II je lhaa. Dan, aku senang je nak get along dengan budakII MRSM Pontian yang pindah sana sebab semua macam gila-II Haha. Tak tau laa kenapa. Maybe, sebab budak MRSM memang semua jenis yang satu kepala kodd. Tapi, dengan budak kementerian aku belum boleh lagi. Takpe, banyak lagi masa kan? Baru bulan pertama :)

Alhamdulillah, roommate aku untuk tahun ni best laa jugak. Azri, Amal dengan sorang lagi budak baru, Haziqah. Semua jens yang gila-II. Tapi, Haziqah tu pendiam sikit. Tapi, dia okay je dengan kitorang. Nampak macam budak pandai :') Dah makin ramai saingan aku ni. Ni yang rasa aku tak boleh main-main. Aku amek subjek Prinsip Perakaunan. Susah ke? Hmm. Ntah laa. Baru nak start belajar. Hope, aku boleh catch up subjek tu. Tak ramai batch aku yang amek PA ada laa dalam 20 lebih jea. Sikit kan? Majoriti amek Biologi. Kenapa? Aku rasa mungkin kalau amek Bio mungkin peluang pekerjaan tu luas kodd. Haha. Entah laa. Tapi, aku memang tak berminat langsung nak amek Bio. Sebab tu laa aku amek PA :) Sebab Bio tu ada kena lukis. Haish, aku ni dah laa fail kalau bab lukis-lukis ny. Bukan sebab tu je. Ade laa jugak sebab lain ;)

Even dah ada kawanII baru. Aku still rindu dekat kawanII yang pindah tu. Wuwuwuwuwuwuwuwu. Nak diorang ada dekat maktab. Tapi, apakah daya :') Hope korang okay-okay laa dekat sana. Rindu korang setengah mati :')

Eh, okay laa. Jari aku ni dah penat menaip. Dah lama tak menaip. Rasa penat pulak menaip. Tu jea. 

#HastaLaVista ^^


Thanks for reading ;)

Tuesday, February 7, 2012

Esok...

Salam...

source: weheartit.com

Hmm, esok? Ada apa dengan esok? 8 Februari 2012 hari Rabu. Hmmm. Teka laa. Haha. Okay-II. Biar aku bagi tau je laa ea. Senang cerita. Esok, hari pendaftaran untuk aku, serta pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 MRSM satu Malaysia. Haha. Jangan pelik. Sistem MARA memang macam tu. Berlainan dari Kementerian. 

Aku, memang dah ditakdirkan untuk meneruskan pembelajaran di MRSM Mersing. Haha. Memang sayang gila dekat maktab tu! Sayang sebab apa? Sayang sebab ada The Marvellous, batch aku, kawan-II aku. Kitorang ni bagaikan satu famili yang besar :) Susah, senang, semua sama-sama.

Rasa sedih jugak. Iye laa. Terpaksa balik ke maktab dan bersama-sama The Marvellous yang tak cukup ahlinya. Wuwuwuwuwuwuwu :'( Ahli The Marvellous yang stay boleh kan? Together, we build back our batch. Haha. Like what Humaira said.

Bercakap pasal Hari Pendaftaran :) Hari Pendaftaran. Hmmm. Mesti ramai budak baru yang daftar esok :( Boleh ke tak aku nak terima diorang ni. Ya Allah, bukakan laa hatiku untuk menerima diorang :) Bukan aku sahaja, malah, ahli The Marvellous yang lain jugak. Bukakan laa hati kami Ya Allah.

http://weheartit.com/entry/9694193

Harap-II diorang okay je dengan kitorang. Dan kitorang ni okay je dengan kitorang. Iye laa, bukan senang nak bina balik batch baru. Sedangkan The Marvellous pun amek masa 3 TAHUN nak unite. Hmm... dapat asasnya jadi laa. Nanti touchup laa sikit-sikit :) Takpe, pelan-pelan.

Harap-II laa esok aku dapat roommate yang okayII je. Rapat atau tidak tak menjadi masalah untuk aku. Asalkan dia Pembersih. Okay, PEMBERSIH. Hmm.... Kelas pun. Harap-harap laa best :) Hope dapat sekelas dengan Azri lagi. Haha. Eh, Azri. Kita dah janji, kalau sekelas nak duduk sebelah-belah >.< Homeroom pun! Nasib baik laa Homeroom satu batch >.<  Tak payah laa....

Last but not least, aku mengharapkan yang terbaik untuk hari esok. Untuk aku, juga untuk kawan-kawan aku yang lain. The day after today, please be nice to us, okayy :D

weheartit.com


Thanks for reading ;)

Monday, February 6, 2012

Zayn Malik :)

Salam...



Zayn Malik :) Okay, rasanya aku tak perlu nak perkenalkan siapa dia ni. Sebab aku rasa ramai di antara korang kenal dia. Kan kan? Saje aku nak post pasal dia ni sebab aku bosan tak tau nak buat apa sekarang ni. 

Salah seorang ahli One Direction :) Alaa, kumpulan yang boleh laa tahan famous jugak tu ;) Aku rasa antara sebab One Direction ni famous sebab ada Zayn Malik. Haha. Betul tak? Kalau setuju, angkat keyboard cepat.

Dia ni ramai peminat kan? Especially girls. Haha. No wonder laa kan. Dia ni Handsome+Sexy meyh! Awww~ Siapa yang tak terpikat. Berita baik laa sebab dia ni masih single. Ada peluang laa ni maknanya Haha! *winkwink* Aku ni boleh laa jugak minat tengok muka dia. Awwww~ Gatal !  Eh, Cody Simpson, jangan risau, seminat-minat aku pada dia, aku tak lupa kau laa. You still number one :)

Masih lagi cinta hati saya !

Aku tak pasti Zayn Malik ni Islam ke tak. Ada yang kata ya, ada yang kata tak. Tak tau laa kan. Mungkin Islamnya cuma pada nama. 

One Direction :)


Awwww~


Okay laa. Haha. Itu aje. Thanks sebab sudi baca :)

#HastaLaVista!

Thanks for reading ;)

Sunday, February 5, 2012

KIKS 2012

Salam...



Okay. Bulan Januari 2012. Bulan di mana aku mengalami perasaan yang bercampur-baur. Sedih ada, suka ada, marah ada, macam-macam lagi laaa. Semua, gara-gara KIKS. Haha. Eh, kejap. KIKS tu ape? Okay, untuk yang tak tau, KIKS stands for Kemahiran Insaniah & Kemahiran Subjek. Program ni cuma ada untuk budak-II Form 4 MRSM sahaja. Note that :)

Bagi aku, program ni takde laa best sangat pun. Lagi best MIGTY :) Tapi, aku kena jugak macam manfaatkan jugak laa program ni sebab ni mungkin merupakan kali terakhir aku bersama dengan kawan-II yang akan pindah MRSM PKP :/ Sob sob sob. Sedih tauu. Kena kutip sebanyak mungkin kenangan bersama diorang. *ayat touching! 

Masa hari pengumuman siapa yang dapat PKP, semua rasa cuak gila. Iye laa. Ada yang mintak-II yang dia tak dapat. Ada yang nak gila pergi PKP. Kalau untuk aku laa 50-50. Hmm, tak kisah aku dapat ke tak. Tak terlalu mengharap untuk dapat. Lagipun, aku dah janji dengan seseorang yang aku takkan pindah. Dan, dalam hati aku pun dah tekad, nanti aku nak tolong dia, nak bantu dia. Nak jadi sumber kekuatan untuk dia. And, Alhamdulillah, aku tak dapat. Dan, dia pun tak dapat. Apa yang menyedihkan masa tu, The Marvellous *nama batch aku* akan kekurangan lebih kurang 30 ahli. 28 dapat PKP. Dua orang dapat pindah MRSM. Tapi, kesian jugak laa aku tengok. Makin sikit laa batch nanti. Hmm, kalau makin sikit budak lama. Mesti ramai budak baru yang akan masuk :P Ada yang nak gila dapat PKP, tapi, dia tak dapat. Mungkin, dah takde rezeki kan. Nak buat acano.

Dalam BERSEPULUH, ada 4 orang kawan aku yang akan pindah. Ayuni, Afrina, Mariam and Zahirah. Wuwuwuwuwu. Sedihnya :'( Nanti dah tinggal 6 orang je. Tak dapat bayangkan macam mana agaknya nanti tinggal 6 orang je. Kalau dulu, nak buat apa-II 10 orang. Makan dekat DS, Main basket, Balik prep, kumpul ramai-II dalam satu bilik. Ahhh, Memories. Sekarang, 6 orang je. 6 orang yang akan meneruskan hidup, tanpa korang 4 orang. Takpe laa. Korang nak sangat kan pergi PKP. Pergi laa. Tak halang pun :')

Bye-II korang :'(

Er, sebenarnya, ada sikit rasa terkilan. Sebab tak jumpa someone masa hari last tu. Er, dia bukan dapat PKP pun sebenarnya. Tapi, kena buang pergi MRSM lain disebabkan salah yang bukan salah dia. Nak jumpa bukan ape, nak mintak maaf apa semua :/ Iye laa, mungkin aku ni dah banyak buat salah dekat dia :( Aku harap kau maafkan laa semua kesalahan aku pada kau. Aku pun dah lama maafkan salah kau. Hope kau okay-II je dekat MRSM baru nanti. Jaga girlfriend kau tu baik-II tau. Jangan sakitkan hati dia.

Hari last, Khamis, 2 Februari 2012. Mesti ramai terkilan kan? Iye laa, tak dapat nak amek gambar satu batch buat kali terakhir dengan budak-II yang nak masuk PKP. Iye laa, aku pun rasa terkilan. Tambah lagi terkilan, tak dapat nak amek gambar BERSEPULUH sama-II dengan budak-II yang nak masuk PKP. Masa tu, ada satu perisiwa terjadi. Huhu. Benda dah lepas. Apa guna dikesalkan. Takpe laa, takde rezeki mungkin. InsyaAllah. Kita jumpa lain masa nanti. Hehe.

Gambar terakhir bersama-sama dengan original The Marvellous :')

kalau tak silap aku, ni gambar terakhir kita sama-sama kan?


Last word untuk budak-budak PKP (Anis, Syikin, Hikmah, Syarah, Zahidah, Chipmunk, Mizan, Nazirul, Afrina, Alin, Buntal, Fido, Yam, Aiman, Yap, Syai, Suraya, Najib, Farah and Dayah) plus budak-II yang pindah jugak (Agent & As) *Takut nanti merajuk pulak aku tak mention nama diorang. Haha :

Good luck dekat sana tau! Jaga diri baik-baik. Korang jangan buat hal pulak dekat sana. Buruk nama Mersing nanti weii. Korang jangan lupa Mersing ni pulak. Kalau ada masa, singgah-singgah laa kitorang kat Mersing ni. Haha. Naikkan nama Mersing bila dekat sana. For MRSM Mersing's sake. Haha. 
#HastaLaVista :)


Thanks for reading ;)

Saturday, January 7, 2012

Dan Bila Esok

Salam...

Err... betul ke esok 9 Januari? Arghh.... Maknanya esok aku kena balik maktab laa. Hari yang aku tak nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Tak boleh ke masa ni bergerak dengan perlahan? Erghhh =.="  Mungkin esok aku akan rasa kekok sikit. Haha. Iye laa, dah lama tak sekolah, hampir dua bulan kodd. Dari 4 November 2011 sampai laa esok, 8 November 2012. Lebih dua bulan! Lama gila kan cuti. Itu pun masih rasa tak cukup. Ahh, manusia, tak pernah rasa puas kan?

Takpe laa, KIKS dua minggu je kan? Okay, kalau sesiapa yang tau, KIKS tu program untuk budak form 4 MRSM. Tak silap aku laa, nama panjangnya Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Subjektif. Haha. Entah laa. Aku tak ingat sebenarnya. Aku tak pasti sangat laa apa pengisian program tu. Tapi aku rasa macam bosan je. Haha. Sumber: Orang yang dah pernah mengikui program KIKS ni.

Okayy, aku rasa kena bersiap sedia dari mental dan fizikal menghadapi peraturan maktab yang semakin laa *tut* sekarang ni. Macam-macam peraturan baru sekarang ni. Pfffffttttt.

Sabar, Sabrina. Tu tandanya cikgu sayang anak murid ^^ Diorang nak anak murid dia lebih berdisiplin
*monolog*

Boleh laa agaknya aku sabar ea? Hmm, agak-II tak sabar pindah je laa kan. Duduk sekolah harian pun aku rasa okay jugak ape. Aku tengok kawan-II aku, okayy je. Lagi best kodd diorang. Banyak aktiviti. Pergi sana pergi sini. Masuk tu laa, masuk ni. Okayy, aku jealous :') Pernah jugak aku terfikir, teringin laa nak pindah sekolah harian. Haha. Ape laa kan. Dah dapat MRSM pun tak reti bersyukur. Nak pindah jugak. Padahal budak-II dekat luar tu, berebut-rebut nak masuk MRSM.

Alamak, macam mana nak pakai tudung bawal ea? Dah dua bulan tak pakai. Hamboii, mentang-mentang laa pakai shawl je, tudung bawal pun kau boleh lupa macam mana nak pakai ea, Sabrina. Haha. Harap-harap laa aku tak lupa nak pakai macam mana kan. Haha.

Talking about my roommate for KIKS. Hmmm, speechless. Haha. Alahai, nasib badan betul. Dah roommate yang memang aku paling tak nak. Karma kodd. Asyik kenakan orang je. Last-II aku yang terkena. Sabar je laa. Dua minggu je kan? Hopefully, ni roommate untuk KIKS je. Okayy, aku dapat roommate yang semua aku tak berapa nak rapat sangat. Takpe laa kan, cuba rapatkan diri. Tapi, percubaan untuk merapatkan diri dengan yang sorang tu, aku tak janji laa. Haha. Okayy, aku mengaku. Aku memang diskriminasi. Nak buat macam mana.

Barang-barang aku aku belum habis pack lagi. Ada laa sikit-sikit. Aku tak bawak banyak barang sangat meyh. Sikit saje sudah laa. Mana laa tau nanti kalau ada rezeki dapat PKP kan. *Haha, beria je aku ni. Talk about PKP, sebenarnya, mula-II aku memang harap gila tak dapat PKP. Haha. Tapi, ada seseorang yang sedarkan aku, kenapa at least aku patut berharap yang aku ni dapat masuk PKP. Okay, semua tu bergantung pada rezeki. Kalau dapat, dapat laa kan. Hehe.

Rasa macam dah panjang sangat laa ni kan? Taip panjang-panjang pun orang boring nak baca. Haha. Okayy laa tu aje. Thanks for reading this crap. Haha.

#HastaLaVista


Thanks for reading ;)

Thursday, January 5, 2012

Craving a lot for this....

Salam... 

Macbook Air :D Erghhh, craving a lot for this. Benda alah ni memang dah lama gila jadi idaman aku. Wuwuwuwuwuwu, bestnya laaa hai kalau aku ada Macbook ni :) Belikan untuk aku satu boleh? Hehe. Memang laa tak boleh nak nafikan sangat, dalam usia aku macam ni *masih lagi bersekolah ni, tak perlu sangat gajet mahal macam ni. Iye laa bukan guna sangat kan?  Lagi-II laa untuk aku yang duduk asrama ni. Lain laa kalau boleh bawak. Tapi, nak jugak! Huhu. Serious, jealous gila bila tengok orang pakai Macbook 



Tengok laa, nipis gilaaa!


Percaya tak kalau aku cakap dalam ni ada Macbook? Serious, tak tipu. Sampul yang ada dekat gambar tu memang salah satu tempat khas untuk simpan Macbook. Nipis kan? Kalau orang yang tak tau mesti ingat yang tu cuma dokumen biasa je. 

Sedikit info yang aku pernah baca pasal Macbook ni. Untuk start/shurtdown Macbook ni, cuma masa dalam tiga saat sahaja yang diperlukan. Wow, sekejap gilaa!


Ni laa dia mouse yang digunakan bersama dengan Macbook. Namanya Apple Magic Mouse

Itulah serba sedikit yang aku tau pasal Macbook Air. Nak bagitau banyak-banyak. Tak boleh, sebab aku tak pernah pakai. Cuma pernah tengok orang pakai je :( Cuma apa yang aku tau, kalau pakai Macbook ni, memang hampir semua masalah yang ada dekat Windows macam selalu hang dan sebagainya, korang takkan rasa bila pakai Macbook. Iya laaa, Macbook pakai OS Macintosh. APPLE :D Produk-produk Apple memang semua superb kan? Kalau aku kumpul duit dari sekarang, boleh beli tak nanti? Hehe.

Ouh ye, selain Macbook Air ni ada jugak lagi satu Macbook, nama dia Macbook Pro. Lebih kurang sama je dengan Macbook Air, cuma ada beberapa ciri-ciri yang berbeza sikit.


Thanks for reading ;)

Tuesday, January 3, 2012

Hello Hello 2012 !

Salam...



Rasa macam belum terlambat lagi kan kalau aku nak ucap "HAPPY NEW YEAR!". *apa laaa, dah 3 Januari dah, kau baru nak ucap HAPPY NEW YEAR? Ketinggalan betul! Sorry laa, lambat sangat wish. Dah lama tak bukak blog. Tengok laa blog aku ni pun, berhabuk je, sawang pun banyak. Haha *hiperbola je  Lama sangat tak update. Teruk kan blogger macam aku ni? 

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi-NYA ini bagi menikmati satu lagi tahun yang baharu. Hehe. Yang dah lepas tu, biar laa lepas, jadikan pedoman dan iktibar kan kan? Tentunya, tahun 2011 tuu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan ni. Mengajar aku menjadi lebih matang :D 

Okayy, bercakap mengenai tahun baru ni, topik yang paling hangat dikaitkan pasti laa mengenai azam tahun baru kan? Hmmm, biasa laa, tahun baru, azam pun baru kan? Walaupun sebenarnya kalau nak ikutkan sepatutnya tak payah tunggu tahun baru, baru ak ada azam bagii ni. Tapi, biasa laa kan. Untuk tahun baru ni, aku pun ada azam aku sendiri. Hehe. Dan azam aku yang tak tercapai tahun lepas tu, aku bawak jugak ke tahun ni :D Apa pun , doakan aku agar azam aku tahun ni tercapai ye :D

Last from me :

HAPPY NEW YEAR 2012. May that this year is better than any previous year :D


Thanks for reading ;)