-->

Monday, November 21, 2011

Moments with Them #Day 2

Salam ...

Okay , ni post untuk hari kedua pulak ea . Hehe . Kalau nak baca yang hari first punya , sila pergi , sini . Kalau yang masih blur lagii apa yang aku post ni , pun boleh laa jugak pergi ke link tersebut . Baca tauu !

Hari kedua ? Okay , bagi aku , hari kedua mungkin lagi seronok , ialah kan , sebab semua ada . Jangan tak tau , orang Pahang pun ada sekali tauu , Azri .

azri :)

Sebenarnya , mula-mula mati-mati ingatkan 9 orang je yang turun , ni kiranya Ayuni yang tak turun . Alasan ? Ayah tak bagii =.=" . Kalau tak silap aku laa . Nasib baik laa Zahirah tuu dapat agak yang Ayuni tu sebenarnya tipuu je . Saje je kan nak prank kitorang . Haha . Baru nak sedih-sedih sebab ingatkan dia tak turun . Okay , nak tau macam mana kitorang boleh agak yang Ayuni tu tipu ? Macam ni , Zahirah ni macam nak trap Humaira *Humaira dengan Azri kira rakan subahat Ayuni jugak laa . Nak beli tiket untuk 9 orang je , konon tak tau laa yang Ayuni tu tak pergi . Tapi , lepas tuu , Humaira reply , dia suruh beli 10 , konon laa , dia cakap kawan dia ada sekali ,  . Tapi , dia tak bagi tau , sape kawan dia tuu . Haha . Kantoii ! Memang dah terang lagi nyata , mesti laa Ayuni ! 

Eh , kejap , aku tak bagi tauu lagi kan , tempat hangout kitorang ? Oke , Jusco Tebrau City . Hmm , tempat biasa laa kan . Yang hantar kitorang pergi sana (budak PG) , ayah Piqa . Azri dengan Humaira naik cab *azri tidur dekat rumah Humaira , Ayuni , ibu dia hantar . 

Sampai je sana , kitorang je yang dah sampai . Diorang *Humaira , Azri , Ayuni tak sampai lagii . Okay , cari locker dulu nak simpan beg aku dengan Puteri , haha . Takkan nak usung beg besar kedabak tuu , kehulu hilir kannn . Nasib baik , masuk aje pintu Jusco tuu , dah nampak locker . Hehe . Alhamdulillah . Nampaknya , tak payah laa kan nak bawak beg tuu , kehulu hilir kann .

Then ? Singgah toilet kejapp , betulkan apa yang patut , nak buat hajat ke , kalu Ya , nak datang meeting ke , haha . Sempat jugak snap gambar , nasib baik tak ramai orang . Haha .


Next , mesti laa , nak beli tiket wayang ! Okayy , sampai-sampai , hmm , tak tau nak tengok cerita apa . Cadang Paranormal Activity *cehh , konon berani laa ni nak tengok yang seram-seram , haha . tapi rasanya dah tak ada lagii kodd . Sharknight ? Hmm , untuk 18 tahun dan ke atas saje =.=" . Jadi , ada dua pilihan aje laa , The Adventure of Tintin atau Aku Bukan Tomboy .


Okayy , pendekkan cerita . Kitorang pun memilih Aku Bukan Tomboy atas sebab-sebab yang tertentuu . #CehhBanggaTauAntaraOrangYangPertamaTengokCeritaNi! . Cerita tuu pun baru aje keluar hari tuu . Dalam masa ni jugak , Humaira dengan Azri sampai . Tak tau kenapa excited bila jumpa diorang . Haha . 




Okay , sebenarnya , ada tujuan kitorang ni hangout sesame . Firts , mesti laa nak hangout , second , nak sambut birthday si Afrina nii . Birthday dia dah lama dah lepas , 9 November , tapi , kitorang tak wish punn , hehe . Saje je , nak biar dia tunggu . Haha .


ni laa budaknya !


After beli tiket wayang tuu , plan nak belikan hadiah untuk Afrina . . . Hehe , Takkan nak biar Afrina tau kan yang kitorang belikan hadiah untuk dia . Jadi , Yam dan Ya memainkan peranan kat sini untuk bawak Afrina pergi tempat lain , konon macam nak ajak Afrina tu jalan jalan laa .

okay , tak tau kenapa galak sangat ketawa nii =.=


Tengah beli hadiah tuu , Ayuni pun sampai . 'Kawan Baru' Humaira , haha . Kitorang beli dekat Hinode Shop . Hadiahnya ? Frame yang ada gambar kitorang sepuluh orang . *alamak , baru teringat tak bayar lagii duit hadiah !


Dah siap beli hadiah . Tengok jam . Okay , dah nak pukul 12.10 p.m. So , kitorang pun pergi laa panggung wayang . Cerita dah nak start ni . Sebelum tuu , beli popcorn dulu . Haish , mana bole kalau tengok wayang takde popcorn !Sebenarnya , patutnya kongsi dua orang satu poporn , tapi cuma aku dengan azri je yang beli asing-asing . Haha . Alasan ? Lapar . . . Teruk kannn ? Wee .





Aku Bukan Tomboy ? Bagi aku , takde laa best sangat . Biasa aje . Jalan cerita klise . Ending tergantung . Rasanya ada sambungan kodd sebab tu tergantung . Tapi apa pun , Shamsul Yusof comel gilaa berlakon ! Haha , dah laa jdi budak nerd . Shaheizy Sam pun , kelakar !

Lepas habis tengok wayang , pergi tandas kejapp . Haha . Biasalaa , dah laa sejuk .



Lepas tu , pergi surau , ingat nak sembahyang , rupanya air takde . Haishh , leceh betul , macam mana nak wudhu' ni . Dah laa tu aje satu-satunya surau yang ada . Macam haremmm =.= . Patutnya , diperbanyakkan kemudahan surau nii . Kata negara Islam . *cewahh !


So , zuhur kitorang ? Ermm , no comment . Haha .

Then , perut lapar . Dah macam-macam irama boleh dengar . *okay , aku tipu ! Kitorang pun pergi laa The Chicken Rice Shop , makan tengah hari dekat situu .  Lepas order tuu , semua pun nyanyi laa lagu Happy Birthday untuk Afrina . Tapi pelan-pelan je laa , takkan nak kuat-kuat kodd .






Lepas makan tuu , ada masa sekejap , round-round laa sekitar Jusco tuu .








Dalam pukul 5 tuu , semua kumpul dekat J.Co , *alaa , dah nak balik ke ? Ibu pun dah asyik call aku je kan , suruh balik . Iye laa , risau takut takde bas . Aku pun sebenarnya dah cuak takde bas . Haha . Tapi sebelum balik tuu , sempat laa jugak amek gamba 10 orang . Aitt ? 10 ? Abis tuu sape photographer ? Pakcik Jaga laa yang jadi mangsa , jadi photographer . Haha . Thanks , pakcik . #JasamuDikenang :)


Hmm , dah nak balik tuu , salam salam . Okayy , rasa sedih . Sebab tuu , macam tak boleh nak pandang muka diorang . Nak jumpa lagii , maybe masa result PMR laa nanti kodd . Nak kumpul macam ni lagii memang payahhh !

Then , pergi tunggu dekat bus stand . Dah cuak dah ni takut takde bas . Huhu , nasib baik laa ade . Sampai kota ? Alaa , bas Mara Liner dah pergi , okay okay , positif , yakin yang ada bas lagii kat terminal tuu . *Iya laa , anak MARA kan dididik untuk sentiasa berfikiran positif . Haha . Haish , rupanya takde =.= . Alaa , macam mana nak balik nii . Alhamdulillah , ayah Puteri amek . Lepas tu , balik laa !



The End  . . . 


All the pics , credit to , puteri and humaira :)

Thanks for reading ;)

2 Marvellous Comment(s):

Post a Comment